APA ITU REVOLUSI INDUSTRI 4.0?
Berdasarkan kepada maklumat dari pengasas Forum Ekonomi Dunia, yakni Klaus Schwab dalam bukunya yang bertajuk The Fourth Industrial Revolution menjelaskan bahawa Revolusi Industri Keempat bermula dengan kemunculan beberapa peralatan canggih seperti superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pemandu, suntingan genetik serta penambahbaik sistem neuroteknologi yang mengakibatkan manusia akan menjadi lebih optimal berkenaan fungsi otak. Dari sudut lain, hidup manusia akan menjadi mudah apabila adanya bantuan robot yang bakal menjadi peneman bagi menguruskan rutin seharian.
Berikut merupakan tiga (3) pilihan teknologi
baharu dalam IR 4.0 yang saya kenalpasti.
1.0 Big Data
Big Data merupakan salah satu teknologi baharu dalam IR 4.0. Big Data merujuk kepada satu data gergasi yang mana ianya mewakili sama ada berstruktur mahupun tidak berstruktur. Saiz yang digunapakai terlalu besar sehingga mengakibatkan sukar untuk diproses hanya menggunakan pangkalan data atau perisian yang terlalu lama (perisian tradisional). Malah, Big Data turut merujuk kepada hasil gabungan peralatan bersama dengan proses yang diperlukan oleh organisasi dalam usaha mengatur data gergasi dan berdasarkan kepada keperluan storannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan Big Data juga boleh dikaitkan dengan aktiviti syarikat Enjin Carian yang berhadapan dengan cabaran semasa melakukan Query terhadap pelbagai data yang sedia ada, baik di dalam World Wide Web, atau Web.
Big Data |
2.0 Internet of Things (IoT)
Teknologi yang kedua yang pilih adalah Internet of Things (loT) turut dikenali sebagai Internet Pelbagai Benda. (loT) merangkumi segala jenis peranti elektronik yang berkomunikasi antara satu sama dengan lain melalui internet. Istilah Internet Pelbagai Benda merujuk kepada perkembangan teknologi daripada telefon pintar kepada persekitaran pintar. Sebagai contoh, kereta pintar, jam pintar, rumah pintar malah boleh berlaku terhadap seluas bandar pintar. Walaupun para pengguna sudah biasa dengan perubahan teknologi yang ditawarkan oleh telefon pintar, pada masa hadapan tentunya mereka akan tranformasi daripada telefon kepada persekitaran. Ini dapat dibuktikan sehingga hari ini apabila jam tangan pintar mampu untuk merekod tahap kesihatan.
3.0 Cloud Computing
Cloud Computing atau dikenali juga
sebagai pengkomputeran awam definasikan sebagai alat untuk menyimpan dan
mencapai data dengan menggunakan perisian internet selain daripada komputer.
Contoh penyimpanan data yang dilakukan adalah seperti gambar, audio, dokumen
mahupun video. Pengguna dilihat mampu mencapai data-data tersebut dengan
penggunaan mana-mana peranti sama ada komputer atau komputer mudah lain dengan
melibatkan capaian internet.
Cloud Computing |
Comments
Post a Comment